Pentagon teliti laporan pelancaran peluru berpandu Korea Utara 


Pentagon masih belum membuat apa=apa pengesahan dan sedang meneliti perkara itu. – Gambar EPA, 4 Mei, 2019

PENTAGON kini meneliti laporan berkaitan tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu namun belum dapat mengesahkan perkara itu, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan jurucakap badan itu pada Sabtu.

Terdahulu, agensi berita Jepun Kyodo yang memetik kenyataan Ketua Turus Bersama Korea Selatan, melaporkan bahawa Korea Utara telah menjalankan ujian pelancaran peluru berpandu jarak dekat pada 00.06 GMT.

“Kami belum dapat mengesahkan apa-apa buat masa ini, kami sedang meneliti perkara itu,” kata jurucakap tersebut. – Bernama, 4 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen