PEMIMPIN Bersatu Rais Yatim membayangkan bahawa usaha untuk meratifikasi Statut Rome belum berakhir dengan mengatakan ia menjadi tanggungjawab 19,000 orang peguam dalam Majlis Peguam Malaysia untuk menjelaskan isu ini kepada mereka yang tidak celik Perlembagaan Malaysia.
Rais turut menggesa empat ahli akademik yang menasihatkan Majlis Raja-raja untuk menentang undang-undang itu, untuk tampil secara terbuka di mata awam bagi menyatakan hujah mereka.
“Saya fikir kita perlu lihat situasi ini secara positif mengenai bagaimana untuk menjawab mereka, kita pohon kepada mereka, ‘Beritahu kami apa yang anda katakan kepada sultan, supaya kami dapat memberi respons dengan cara positif’,” kata Rais dalam forum bersama Majlis Peguam Malaysia di Putrajaya berkenaan penarikan diri kerajaan terhadap undang-undang tersebut.
Berikutan bantahan daripada Majlis Raja-Raja, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia mempunyi tempoh sehingga Jun tahun ini bagi menarik diri daripada mengesahkan perjanjian itu dan akan melakukannya. Bagaimanapun, pilihan untuk meratifikasinya pada masa akan datang masih terbuka.
Bercakap di forum yang sama termasuk Peguam Negara Tommy Thomas, pakar perlembagaan Gurdial Singh Nijar dan ahli Majlis Peguam Surendra Ananth.
Rais merujuk kepada empat profesor yang dilaporkan telah meyakinkan Majlis Raja-Raja untuk menolak Statut Rom.
“Jika empat profesor tidak ke seluruh negara dan merayu kepada kerabat diraja, tidak ada apa yang akan berlaku.
“Kami tidak akan menyebutkan nama keempat-empat orang ini. Kita mesti kawal diri barangkali hujah kita mungkin salah, mereka (penguasa) jadi bimbang.”
Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu menggesa Majlis Peguam untuk bawa 19,000 peguamnya ke bandar-bandar kecil di seluruh negara.
“Mereka boleh adakan ceramah untuk jelaskan bahawa Statut Rom tidak menyentuh hak-hak raja-raja,” jelasnya lagi.
Rais juga menggesa ahli akademik yang “cerdik” untuk tidak menggunakan kemahiran mereka bagi “menakutkan para penguasa.”
“Saranan mestilah dalam realiti dan tidak sepatutnya berkenaan keadaan.”
Mengulas empat ahli akademik yang menasihatkan raja-raja, Rais berkata: “Marilah jelaskan apa yang kalian kata, jika tidak, anda bukan profesor atau peguam yang jujur.” – 4 Mei, 2019.
Komen