PUTRAJAYA dan institusi diraja mengambil “langkah ekstrem” dalam Statut Rom, yang mana ia merupakan isu yang memerlukan lebih banyak kajian kerana ia memberi kesan terhadap kedaulatan negara, dakwa Muhammad Shafee Abdullah.
Peguam Umno terkenal itu, yang hadir pada forum Badan Peguam berhubung penarikan semula daripada perjanjian antarabangsa itu, mendakwa Putrajaya juga gagal untuk mendekati masyarakat.
“Mengapa kedua-dua pihak mengambil langkah ekstrem? Institusi diraja megambil langkah ekstrem kerana menganggap akan timbul masalah. Tetapi kamu mengambil langkah ekstrem menafikan fakta kedaulatan negara terjejas.
“Kedaulatan sebenarnya terjejas,” kata Shafee, yang membahas ahli panel pada forum berkenaan.
Turut bercakap pada forum anjuran Badan Peguam Malaysia itu adalah Peguam Negara Tommy Thomas, Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Gurdial Singh Nijar, Pengerusi Yayasan Budi Rais Yatim dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perlembagaan Undang-Undang Badan Peguam Malaysia, Surendra Ananth.
Statut Rom ditubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang membicarakan empat jenayah antarabangsa utama: pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan.
“Peguam Negara ada di sini, sama seperti mana-mana AG sebelumnya, sangat cemburu tentang kuasa ini di bawah Perkara 145 (3), kuasa untuk mendakwa. Bahkan mahkamah tidak boleh menghakimi.
“Budi bicara itu diganggu ... jika ICC masuk, 145 (3) sedang dipijak. Bukankah itu isu kedaulatan?”
Shafee juga berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), yang penah disertai beliau sebagai pesuruhjayanya pada 2003 hingga 2009, yang memulakan kajian ke atas Statut Rom. – 4 Mei, 2019
MENYUSUL
Komen