KOREA Utara melancarkan peluru berpandu jarak pendek ke laut pada Sabtu, kata tentera Korea Selatan, yang merupakan tindakan pertama Pyongyang selepas lebih setahun ketika ia cuba meningkatkan tekanan terhadap Washington selepas rundingan nuklear menemui jalan buntu.
Korea Utara menembak “sejumlah peluru berpandu jarak pendek dari semenanjung Hodo berhampiran pantai timur bandar Wonsan ke arah timur laut hari ini, kata pegawai turus tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan.
Peluru berpandu berkenaan bergerak dari 70 hingga 200 kilometer ke arah Laut Timur, yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.
Kali terakhir Korea Utara melancarkan peluru berpandu adalah pada November 2017.
Pelancaran terbaru itu berlaku sehari selepas Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha berkata, Pyongyang harus menunjukkan tindakan penolakan yang jelas, konkrit dan substansial jika ia mahu menghentikan sekatan.
Hubungan Washington dan Pyongyang aga keruh sejak kegagalan sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden AS Donald Trump pada Februari.
Rundingan itu gagal selepas Korea Utara meminta sekatan dihentikan segera, namun kedua-dua pihak tidak setuju dengan apa yang diminta Pyongang sebagai balasannya.
Terdahulu minggu ini, Timbalan Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui memberi amaran kepada Washington mengenai “hasil yang tidak diingini” sekiranya ia tidak mengubah sekatan ekonomi yang dikenakan.
Korea Utara tidak menjalankan sebarang ujian peluru berpandu atau nuklear tahun lalu, kerana Kim Jong-un mengadakan sidang kemuncak pertama dengan pemimpin AS dan Korea Utara. – AFP, 4 Mei, 2019
Komen