Pakistan desak Facebook padam propaganda anti vaksin polio


Pakistan berdepan tentangan hebat termasuk serangan bersenjata terhadap kempen anti polionya, sejak 2012 lebih 100 orang terbunuh kebanyakan ahli pasukan vaksinisasi kerana diserang. – Gambar AFP, 4 Mei, 2019.

PAKISTAN mendesak Facebook memadamkan kandungan berkaitan kesan buruk polio daripada platformnya semalam, berkata ia menganggu inisiatif penghapusan penyakit itu dan membahayakan nyawa pengawai perubatan yang melakukan vaksinisasi.

Kempen vaksinisasi polio negara itu berdepan tentangan hebat.

Sejak beberapa bulan lepas, media sosial Pakistan dibanjiri salah maklumat dan berita palsu serta video- meraih ribuan tontonan dan dikongsi sejak minggu lepas sahaja- mendakwa ribuan kanak-kanak terbunuh kerana vaksin polio.

Ribuan ibu bapa enggan membenarkan anak mereka divaksin kerananya.

“Ibu bapa enggan kerana propaganda di Facebook berkaitan vaksin yang jadi halangan utama untuk mencapai matlamat penghapusan sepenuhnya virus itu,” kata Babar Atta yang membantu usaha vaksinisasi polio di Pakistan dalam satu kenyataan.

Atta memohon “pengurusan Facebook untuk menghalang dan/atau menguruskan penguraian propaganda anti vaksinisasi daripada platform mereka daripada beroperasi di Pakistan”.

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kekecohan terbaru penentangan seluruh negara terhadap kempen vaksinisasi polio pada April.

Keganasan itu berlaku dalam tempoh sama kekecohan di seluruh bandar utara Pakistan selepas wujud khabar angin kanak-kanak mendapat kesan buruk kerana vaksin polio mencetuskan panik dengan ribuan dikejarkan ke hospital.

Minggu lepas sahaja, hampir 10,000 keengganan vaksinisasi dilaporkan setiap hari di Islamabad, berbanding dengan hanya 200 hingga 300 sebelum kempen anti vaksin polio bermula, menurut sumber program anti polio negara itu.

Penentangan itu memuncak selepas CIA melaksanakan operasi vaksinisasi palsu untuk membantu mengesan pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden di bandar Abbottabad, di mana pasukan tentera AS membunuh pengganas itu pada 2011.

Sebilangan pemimpin Taliban dan agama diketahui mempercayai vaksin mengandungi bahan dilarang Islam seperti kandungan babi atau boleh menyebabkan kemandulan dalam konspirasi mengurangkan jumlah penganut Islam.

Serangan militan juga kerap berlaku, hampir 100 orang terbunuh dalam serangan menyasarkan pasukan vaksinisasi sejak 2012.

Walaupun penentangan memuncak, kempen melaporkan kemajuan dengan jutaan kanak-kanak sudah divaksin di seluruh negara dengan 96% penurunan kes polio dilaporkan sejak 2014.

Tetapi, Pakistan masih jauh untuk mencapai matlamat penghapusan penyakit itu, dikeruhkan dengan gerakan global menentang vaksinisasi.

Selain Pakistan, polio masih jadi wabak penyakit di dua negara lain- Afghanistan dan Nigeria- dan virus langka terbaru dikesan di Papua New Guinea tahun lepas. – AFP, 4 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen