Perdana menteri New Zealand bertunang 


Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan tunangnya, Clarke Gayford mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 bulan.– Gambar EPA, 3 Mei, 2019

PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Clarke Gayford, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Pasangan itu, yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 bulan, mengikat tali pertunangan pada Hari Easter, lapor NZ Herald memetik kenyataan jurucakap Ardern.

Setiausaha akhbar Ardern berkata beliau telah memakai sebentuk cincin sejak Hari Easter namun ia disarung pada jari tengah dan bukan jari manis. – Bernama, 3 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen