Lebih banyak serangan dikhuatiri berlaku di Sri Lanka, kata polis 


Anggota polis Sri Lanka meningkatkan tahap kawalan keselamatan di lokasi tumpuan seperti stesen kereta api dan lokasi tumpuan pelancong.– Gambar EPA, 3 Mei, 2019

KUMPULAN pelampau di Sri Lanka dipercayai merancang serangan di sebuah jambatan di Colombo, kata pihak berkuasa selepas memberi amaran beberapa dalang serangan bom pada Ahad yang meragut 257 nyawa masih bebas.

Polis mengesakan mereka mengarahkan setiap stesen di sekitar Colombo ditambah anggota pasukan keselamatan dan meminta pihak tentera laut memgerahkan lebih banyak kapal ke kawasan sungai, susulan kebocoran laporan risikan polis yang memberi amaran jambatan di ibu negara itu berdepan risiko serangan.

Tentera Sri Lanka turut menubuhkan pusat kawalan khas untuk mengatur operasi anti pengganas, sementara pihak tentera berkata lebh ramai anggitanya dikerahkan untuk operasi pencarian.

Anggota tambahan dikerah bagi mencari bahan letupan dan senjata di beberapa lokasi, walaupun ini adalah daripada kumpulan penjenayah dan bukan militan, menurut sumber.

“Sekatan jalan raya dan operasi pencarian oleh tentera di seluruh negara dengan bantuan polis diteruskan bagi memburu pengganas, mencari lokasi persembunyian, bahan letupan, senjata dan barangan lain…dengan kerahan lebih ramai anggota yang diperlukan,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai satu kumpulan kecil puak radikal yang mungkin cuba melancarkan lagi serangan, kata jurucakap kerajaan dan menteri kesihatan Rajitha Senaratne.

“Kamu tidak boleh katakan ancaman sudah berakhir, namun situasi masih terkawal…lebh baik daripada apa yang kami jangkakan.”

Namun kerajaan masih memburu “empat pengganas” yang terlibat dalam serangan Ahad lalu yang masih bebas, kata Senaratne kepada AFP.  – AFP, 3 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen