SIKLON Fani yang merupakan salah satu daripada ribut terbesar di Lautan Hindi melanda India hari ini sehingga menumbangkan pokok dan menjejaskan bekalan elektrik serta air.
Pihak berkuasa Odisha melaporkan 10,000 orang meninggal dunia akibat ribut siklon pada 1999.
Pada 2013, hampir sejuta penduduk dipindahkan dan usaha itu berjaya menyelamatkan ribuan nyawa.
Penjejak risiko ribut siklon tropika melabelkan Fani sebagai ribut kategori tiga daripada skala satu hingga lima.
Sehubungan itu lebih sejuta orang dipindahkan pada tahun ini kerana bimbang kemungkinan aliran ribut 1.5m itu.
Beratus ribu orang lagi di negeri Bengal Barat telah diberi arahan untuk menyelamatkan diri.
Pasukan khas bergerak melalui kampung menggesa pelancong mendapatkan perlindungan keselamatan.
Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India berkongsi imej beberapa pokok tercabut di sepanjang negeri Andhra Pradesh.
Fani dijangka melanda timur laut negeri Bengal Barat dan ke arah Bangladesh dengan kekuatan yang boleh memusnahkan rumah serta 100 juta orang.
Ahli meteorologi telah memberi amaran tentang kemusnahan secara langsung rumah jerami, bekalan elektrik dan tiang komunikasi terjejas, laluan banjir dan kerosakan tanaman di beberapa kawasan.
Sebanyak 3,000 tempat perlindungan di sekolah dan bangunan kerajaan dibuka untuk menampung lebih sejuta orang di Odisha.
Lebih 100,000 paket makanan kering sudah bersedia untuk disalurkan sekiranya diperlukan.
Menurut Indian Railways, lebih 200 perkhidmatan kereta api dibatalkan di sepanjang laluan pantai.
Tiga kereta api khas beroperasi bagaimanapun hanya dari Puri untuk memindahkan jemaah haji dan pelancong.
Penerbangan keluar masuk juga dibatalkan dari ibu kota Odisha Bhubaneswar dan Kolkata di West Bengal sekurang-kurangnya sehingga esok.
Pelabuhan ditutup tetapi tentera laut India telah menghantar enam kapal perang ke rantau berkenaan manakala pengeluar minyak dan gas terbesar India ONGC telah memindahkan hampir 500 pekerja dari pesisir pantai.
Langkah berjaga-jaga diambil bagi melindungi kuil Jagannath di bandar. – AFP, 3 Mei, 2019.
Komen