PELAKON Peter Mayhew yang disayangi peminat seluruh dunia kerana wataknya sebagai pahlawan Wookiee, Chewbacca dalam siri filem Star Wars, meninggal dunia pada usia 74 tahun, kata keluarganya semalam.
Mayhew meninggal dunia pada Selasa lalu di rumahnya di Texas, kata keluarganya dalam satu kenyataan dikeluarkan di akaun Twitter pelakon itu.
“Peter adalah pelakon di sebalik topeng Chewbacca dalam trilogi asal Star Wars, 3 episod prekuel dan dalam trilogi baharu.
“Beliau berjuang untuk bangun daripada kerusi rodanya untuk terus berdiri dan memainkan watak Chewbacca dalam satu lagi filem Star Wars: The Force Awakens,” kata kenyataan itu lagi. – AFP, 3 Mei, 2019.
Komen