Berang pelanggan mengadu, pemilik restoran mengamuk


Polis di Upper Austria berkata mereka mendapat panggilan kecemasan ke sebuah restoran di Bad Schallerbach, hampir 200 kilometer dari Vienna lewat malam Rabu, apabila pemilik restoran mengamuk dan memaki hamun dua orang pelanggannya yang mengadu pesanan mereka salah dibuat. – Gambar AFP, 3 Mei, 2019.

DUA pelanggan di sebuah restoran Austria tidak menyangka aduan mereka bahawa pesanan mereka tersilap buat terpaksa melarikan diri demi keselamatan diri selepas pemilik restoran berkenaan mengamuk, kata polis semalam.

Polis di Upper Austria berkata mereka mendapat panggilan kecemasan ke sebuah restoran di Bad Schallerbach, hampir 200 kilometer dari Vienna lewat malam Rabu, apabila pemilik restoran mengamuk dan memaki hamun- serta melempar pinggan makanan- kepada dua orang pelanggannya yang mengadu pesanan mereka salah dibuat.

“Selepas menerima aduan pesanan tersilap, pemilik berusia 56 tahun melempar pinggan dan isinya kepada muka pelanggan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pelanggan tersebut- seorang warga Hungary dan Jerman masing-masing berusia 40 dan 41 tahun- cedera di muka dan bibir, kata kenyataan lagi.

Pemilik restoran itu juga menyerang kumpulan pelanggan lain yang mahu meninggalkan restoran itu selepas kejadian, berulang kali memukul lelaki berusia 43 tahun dan ayahnya berusia 71 tahun. – AFP, 3 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen