Najib terima gaji RM78,000 sebulan, kata saksi


Bede Hong

Bagi pendapatan sebagai perdana menteri, Najib Razak dikenakan cukai sebanyak RM6,417.95 menjadikan gajinya selepas cukai ialah RM52,187.20. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2019.

BEKAS perdana menteri Najib Razak memperoleh gaji bulanan RM78,451.64 sebagai ahli Parlimen dan perdana menteri bermula 2015 hingga 2018, saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua hal ehwal ahli Parlimen di Sekretariat Parlimen, Farah Nurdiana Azhar berkata antara Januari 2015 hingga Mac 2018, setiap ahli Parlimen yang mempunyai jawatan dalam Kabinet menerima RM16,000 sebulan. Najib sebagai Ketua Dewan Rakyat pula menerima tambahan RM3,846.59.

Seorang lagi saksi, Timbalan Ketua Akauntan Jabatan Perdana Menteri Zarina Yusuf ketika memberi keterangan berkata Najib menerima bayaran tambahan RM58,605.15 sebagai perdana menteri.

Sebagai perdana menteri, Najib menerima gaji sebanyak RM22,826.65; RM8,500 bagi elaun menteri Kabinet; elaun rumah RM4,000; elaun hiburan RM16,978; elaun selenggaraaan dan pembantu rumah RM4,800 dan tambahan RM1,500 bagi gaji persekutuan.

Bagi pendapatan sebagai perdana menteri, Najib dikenakan cukai sebanyak RM6,417.95 menjadikan gajinya selepas cukai ialah RM52,187.20.

Najib menerima jumlah bayaran tersebut setiap bulan sejak Mei 2009. Antara Januari dan April 2009, Najib menerima gaji sebagai timbalan perdana menteri sebanyak RM48,000.

Beliau juga menerima RM1,017,014.39 juta pada Mei tahun lepas. Ia adalah bayaran khas untuk bekas perdana menteri yang diluluskan oleh Kabinet. – 2 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen