Undi masyarakat Cina tidak sia-sia, kata bekas pemimpin MCA 


Chan Kok Leong

Bekas naib presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, kerajaan baharu perlu diberi masa untuk membuat perubahan dalam negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 1 Mei, 2019.

UNDI masyarakat Cina tidak sia-sia kerana ia membantu membuat perubahan dalam negara buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Gan Ping Sieu.

Bekas naib presiden MCA itu berkata, perubahan berlaku namun masyarakat perlu bersabar dengan kerajaan Pakatan Harapan.

“Perubahan berlaku selepas sekian lama dan setiap undi kita dikira.

“Namun kerajaan baharu perlu diberi masa untuk membuat perubahan,” kata bekas Adun Mengkibol itu pada sebuah forum di Persatuan Hokkien Klang hari ini.

Gan berkata demikian bagi menjawab satu soalan di forum berkenaan mengenai sama ada undi Cina telah memberikan perubahan yang mereka mahu.

Forum bertajuk “Did your vote count?”diadakan sempena ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei.

Antara faktor yang membawa kepada kemenangan bersejarah itu adalah sokongan tidak berbelah bahagi masyarakat Cina (95%), India (62%) dan Melayu (25%).

Namun kaji selidik terbaharu oleh Merdeka Centre menunjukkan populariti Pakatan semakin menurun selepas setahun.

Namun begitu kata Gan, Pakatan teah memuat banyak keputusan yang tidak popular tetapi perlu.

“Antaranya adalah apabila mereka buat pusingan-u dalam projek besar melibatkan Chona dan Singapura seperti ECRL dan kereta api berkelajuan tinggi. Naun langkah ini adalah perlu dan adalah bagus untuk melihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mula kembalikan hubungan antara dua negara perdagangan itu,” kata Gan.

“Lihat Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai contoh. Sebelum pilihan raya, ada yang menggesa pinjaman itu dimansuhkan tetapi ia adalah baik untuk meminta peminjam bayar balik,” kata Gan.

Katanya, itu merupakan antara pusingan-u yang dipersetujui beliau.

Barisan ahli panel pada forum yang diadakan di Persatuan Hokkien Klang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 1 Mei, 2019

Namun kata Gan, ia masih mengecewakan apabila kuota matrikulasi masih pada 90% Bumiputera yang bermakna ramai pelajar STPM akan terlepas peluang untuk memasuki universiti awam.

Pada forum yang sama, Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata, untuk membuat keputusan yang betul adalah amat mencabar.

“Kita cuba kurangkan BR1M dari RM1,500 untuk penstrukturan semula ekonomi tetapi rakyat marah. Langkah ini aat perlu tetapi ia tidak popular,” katanya yang juga seorang senator.

Satu lagi cabaran dan kelebihan kerajaan baharu, kata Liew adalah persekitaran terbuka.

“Sebelum ini, forum seperti ini pun tidak dibenarkan.”

Namun kesan daripada persekitaran terbuka juga bermakna Pakatan masih terikat dengan politik perkauman oleh segelintir pihak media.

“Akhbar berbahasa Cina mengatakan DAP dikuasai oleh Dr Mahathir manakala akhbar Melayu mengatakan kerajaan dikuasai DAP.

“Apa yang perlu kita lakukan adalah, DAP tidak mewakili masyarakat Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia. Dan kita perlu melihat kepada isu dan bukan daripada pandangan perkauman,” katanya.

Seorang lagi ahli panel Dr Wong Chin Huat berkata, undi mereka tidak dibazirkan kerana ia membawa kepada perubahan.

Namun katanya, ia dibantu oleh Barisan Nasional yang menyangkakan ia akan memecahkan undi pembangkan dengan mewujudkan pertandingan tiga penjuru.

“Sekiranya BN dan PAS bekerjasama seperti sekarang, undi kami tidak akan menjadi penting,” katanya.

Beliau berkata, perubahan perlahan oleh Pakatan itu adalah kerana ia tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Bulan lalu Pakatan mahu meminda Perlembagaan, namun gagal kerana Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyokongnya.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Maim Chang Lih Kang berkata, cabaran Pakatan adalah terikat kepada ekonomi.

“Umumnya, rakyat tidak merasakan bahawa ekonomi mereka telah berkembang dan dengan itu mudah untuk menyalahkan Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) untuk masalah. Tetapi beberapa tahun pertama, ia melibatkan pembetulan beberapa kesalahan masa lalu sebelum kita boleh bergerak ke hadapan,” kata ahli Parlimen PKR itu. – 1 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen