SERANGAN bom yang disyaki didalangi kumpulan pemberontak Maoist menyebabkan 16 anggota tentera terbunuh di barat India pada Rabu, kata polis.
“Kumpulan pemberontak Maoist menyerang pasukan komando yang menaiki kenderaan persendirian untuk memeriksa kawasan seranga sebelum ini. Setakatini 16 anggota disahkan terbunuh,” kata pegawai di ibu pejabat polis Maharashtra kepada AFP.
“Lebih ramai anggota dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk operasi serangan dan menyelamat,” kata pegawai terbabit yang enggan namanya disiarkan.
India kini sedang menjalani pilihan raya dan serangan oleh kumpulan pemberontak Maoist, yang aktif di beberapa negeri sering berlaku susulan pilihan raya itu.
Pegawai polis kedua meletakkan angka kematian dalam insiden serangan terbaharu di wilayah Gadchiroli Maharashtra kepada 15 orang.
“Pemberontak Maoist membakar ebih 30 buah kenderaan di Gadchiroli hari ini. Dalam satu lagi serangan, 15 anggota terbunuh dan operasi menyelamat sedang dijalankan bagi menentukan kerosakan,” kata pegawai polis Gadchiroli, Prashant Dute kepada AFP.
Pasukan tentera India memerangi pemberontak Maoist sejak berdekad lalu di beberapa kawasan berikutan kumpulan terbabit telah membunuh puluhan ribu orang.
Mereka dipercayai berada di sekurang-kurangnya 20 negeri namun yang paing aktif adalah di Chhattisgarh, Odisha, Bihar, Jharkhand dan Maharashtra. – AFP, 1 Mei, 2019
Komen