Assange berdepan hukuman penjara kerana langgar jaminan UK


Pengasas Wikileaks, Julian Assange ketika dibawa ke mahkamah di Britain pada Rabu. Beliau dijangka akan berdepan hukuman penjara kerana melanggar perintah mahkamah. – Gambar EPA, 1 Mei, 2019

PENGASAS Wikileaks Julian Assange akan dijatuhi hukuman pada Rabu kerana melanggar arahan mahkamah Britain tujuh tahun lalu, apabila bertindak melarikan diri ke kedutaan London di Ecuador bagi mengelak ekstradisi ke Sweden.

Pemberi maklumat warga Australia itu, yang ditahan pada 11 April lalu selepas diserahkan oleh kerajaan Ecuador, boleh berdepan hukuman penjara 12 bulan apabila tiba di Mahkamah Tinggi Southwark.

Assange melarikan diri ke kedutaan itu pada 2012 selepas hakim Britain mengarahkan ekstradisinya ke Sweden untuk berdepan tuduhan serangan seksual dan rogol, yang dinafikan sekerasnya oleh beliau.

Beliau mendakwa tuduhan itu hanyalah cubaan untuk memindahkannya ke Amerika Syarikat, yang mana beliau dikhuatiri berdepan pendakwaan berhubung pembocoran jutaan dokumen rahsia.

Kini tiada lagi siasatan yang aktif di Sweden dan permohonan ekstradisi itu telah luput.

Bagaimanapun, beliau yang berusia 47 tahun berdepan dengan permohonan ekstradisi ke AS, yang hanya didedahkan susulan penahanannya, apabila beliau menjerit ketika diheret oleh polis dari kedutaan itu.  – AFP, 1 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen