Polis Paris sedia berdepan himpunan 1 Mei 


Polis Paris bersiap siaga dalam berdepan dengan kumpulan perusuh bagi mengelakkan insiden keganasan 1 Mei tahun lalu berulang.– Gambar EPA, 1 Mei, 2019

PENDEKATAN toleransi sifar yang diambil pihak berkuasa Perancis terhadap penunjuk perasaan akan diuji pada Rabu berikutan beberapa kumpulan kesatuan buruh, penunjuk perasaan “jaket kuning” dan pihak pelampau dijangka akan turun ke jalan raya pada Hari Buruh.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa perarakan pada 1 Mei boleh menjadi tegang, seminggu selepas pemimpin gerakan anti-kerajaan jaket kuning menolak pakej potongan cukai oleh Presiden Emmanuel Macron.

Pihak berkuasa bersiap siaga bagi menghadpi kemungkinan keganasan 1 Mei tahun lalu akan berulang yang mana kira-kira 1,200 penunjuk perasaan mengamuk di Paris merosakkan perniagaan dan bertempur dengan pihak polis.

Lebih 7,400 anggota polis dan anggota pasukan keselamatan lain dikerahkan ke seluruh Paris pada Rabu, dengan arahan Macron untuk mengambil “pendirian tegas yang ekstrem” sekiranya berdepan dengan sebarang keganasan, kata jurucakap kerajaan Perancis Sibeth Ndiaye pada Selasa.

Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner berkata, pihak berkuasa turut menemui beberapa kumpulan di media sosial yang menggesa penunjuk perasaan untuk mengubah bandaraya itu menjadi “ibu negara rusuhan”. – AFP, 1 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen