RUNDINGAN damai baharu antara Taliban dan Amerika Syarikat bermula pada Rabu di Qatar, kata jurucakap rasmi kumpula pemberontak itu yang menyatakan ia bagi menamatkan perang Amerika yang paling lama.
Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid memberitahu AFP, “enam rundingan antara kumpulan itu dengan AS akan bermula di Doha hari ini”.
Kedutaan AS bagaimanapun tidak memberi sebarang komen, namun Jabatan Negara AS berkata utusan keamanannya Zalmay Khalilzad akan ke Doha yang merupakan ibu negara Qatar bulan ini untuk bertemu dengan Taliban.
Kedua-dua pihak sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membincangkan rangka kerja rundingan damai itu, yang mana Taliban berikrar untuk menghalang Afghanistan daripada terus dipergunakan oleh pengganas.
Tida satu pun daripada rundingan tu disertai oleh kerajaan Afghanistan, yang disifatkan Taliban sebagai rejim boneka.
Ia memberi makna, walaupun AS dan Taliban bersetuju dalam perjanjian untuk menamatkan perang yang berlarutan selama 17 tahun itu, kumpulan pemberontak masih perlu mematuhi sebarang arahan daripada ahli politik Afghanistan dan ketua puak sebelum gencatan senjata dilakukan. – 1 Mei, 2019
Komen