Berita negatif mengenai pelaburan asing tak bimbangkan menteri


Sheridan Mahavera

Darrell Leiking hanya tersenyum kepada pihak-pihak yang terus melemparkan cerita-cerita negatif mengenai ekonomi negara yang katanya banyak bertentangan dengan realiti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 1 Mei, 2019.

DARREL Leiking hanya tersenyum simpul setiap kali seseorang memberitahu beliau bahawa Malaysia tidak lagi menarik pelabur ke dalam negara.

Menteri perdagangan dan industri antarabangsa sudah lali dengan kenyataan tersebut. Pada tahun pertama beliau sebagai menteri, kerajaan baharu Pakatan Harapan terpaksa menghadapi pandangan negatif yang tidak berkesudahan dari ahli perniagaan dan para pelabur.

Mereka mengatakan bahawa pasaran saham Malaysia adalah ‘pemain tercorot di rantau ini’. Di samping tuduhan bahawa kerajaan baharu adalah ‘anti-China’ dan negara itu tidak lagi menganggap Malaysia sebagai ‘tempat menarik’ untuk pekaburan wang mereka.

Kritikan terus dilemparkan terhadap kejujuran kerajaan berkenaan kewangan negara mendakwa kononnya ia menakutkan para pelabur sehingga mengakibatkan berbilion wang dikeluarkan daripada pasaran saham.

Ketika beberapa pihak memperkatakan isu-isu negatif ini mengenai kedudukan Malaysia, tiba-tiba Leiking menyebut satu angka besar - RM115 bilion. Itulah jumlah pelaburan asing dan tempatan yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya diperolehi antara Julai hingga Disember tahun lalu.

Malaysia turut memperoleh kira-kira RM80.5 bilion daripada pelabur asing pada tahun lepas, melonjakkan perlaburan asing sebanyak 48% daripada apa yang pernah diperolehi kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2017.

Kira-kira RM100 juta dilaburkan dalam 81 projek modal intensif yang akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan kerjaya berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia.

Angka RM115 bilion tersebut membuktikan bahawa walaupun pasaran saham tidak menentu dan sinisme terus dilemparkan kepada kerajaan, asas ekonomi negara kekal kukuh dan ini memberikan keyakinan kepada syarikat untuk terus membuka operasi perniagaan mereka di sini, kata Leiking.

“Jadi apabila kita dengar berita seperti itu, kita tidak lihat ia secara negatif. Kita tidak marah. Sebaliknya kita perbaiki, kita teliti di mana kita boleh perbaiki keadaan ini,” kata Leiking kepada pemberita ketika menceritakan tahun pertamanya di pejabat beliau.

Kisah negatif yang paling baharu ialah bagaimana Malaysia mempunyai pasaran saham yang paling buruk di rantau ini kerana ia “benar-benar membosankan”.

“Seperti artikel itu, ia galakkan kita untuk cari langkah pembetulan, tetapi bertentangan dengan apa yang mereka katakan, banyak orang yang kini datang (melabur) ke dalam (negara),” kata bekas peguam berusia 47 tahun itu yang berasal dari Sabah. – 1 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen