2 maut insiden tembakan di Universiti Carolina Utara


Polis berkawal di kampus Universiti Carolina Utara susulan insiden tembakan yang menyebabkan dua terbunuh setakat ini. – Gambar AFP, 1 Mei, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA dua maut dan beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan di kampus Universiti Carolina Utara, menurut petugas dan media tempatan.

“Tembakan dilaporkan berlaku berhampiran Kennedy. Lari, Sembunyi, lawan. Selamatkan diri anda serta merta,” kata pejabat pengurusan universiti berkenaan menerusi Twitter.

Akhbar Charlotte Observer melaporkan dua mangsa terkorban dan dua lagi cedera parah manakala stesen televisyen tempatan mengesahkan mangsa yang maut masing-masing berusia 17 serta 18 tahun.

“Kampus ditutup. Sila berada di lokasi selamat,” kata pejabat universiti, menambah anggota polis sedang memeriksa seluruh bangunan dan menggesa pelajar mematuhi arahan diberikan. – AFP, 1 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen