Sekatan terhadap media sosial di Sri Lanka ditarik balik


Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena hari ini mengarahkan Suruhanjaya Peraturan Telekomunikasi menarik balik sekatan terhadap media sosial, sembilan hari selepas tragedi pengeboman maut pada Hari Easter.

PRESIDEN Sri Lanka, Maithripala Sirisena hari ini mengarahkan Suruhanjaya Peraturan Telekomunikasi menarik balik sekatan terhadap media sosial, sembilan hari selepas tragedi pengeboman maut pada Hari Easter, lapor agensi berita Xinhua.

Sekatan itu dikuatkuasakan susulan insiden pada 21 April yang menyasarkan gereja dan hotel mewah mengorbankan lebih 250 nyawa selain mencederakan 500 yang lain. 

Langkah berkenaan diambil untuk menyekat penyebaran maklumat palsu berhubung tragedi pengeboman maut itu.

Justeru itu, Ketua Pengarah Penerangan, Nalaka Kaluwewa menasihatkan masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar. – Bernama, 30 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen