26 kematian sehari akibat wabak Ebola di Congo 


Ahli keluarga mangsa wabak Ebola meratapi kematian ahli keluarga mereka akibat wabak maut itu.– Gambar EPA, 30 April, 2019

SEBANYAK 26 kematian direkodkan dalam sehari akibat wabak Ebola di Republik Demokratik Congo di wilayah utara Kivu, yang merupakan angka kematian tertinggi sejak wabak itu tercetus hampir sembilan bulan lalu,” kata kementerian kesihatan. 

Wabak terbaharu direkodkan sebagai yang kedua paling bahaya, selepas ia melanda Barat Afrika pada 2014 hingga 2016 meragut lebih 11,300 nyawa. 

Kementerian kesihatan mencatatkan 957 kematian di negara berkenaan, yang mana 891 daripadanya merupakan kes yang disahkan manakala 66 lagi kes disyaki wabak berkenaan.

“Terdapat 26 kematian bagi kes yang disahkan pada Ahad, 28 April di wilayah utara Kivu kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, daripada 957 kematian itu, 33 daripadanya adalah petugas kesihatan yang turut dijangkit wabak berkenaan ketika menjalankan tugas. 

Congo mengiystiharkan oeularan wabak Ebola ke sepuluh dalam tempoh 40 tahun Ogos lalu di utara Kivu sebelum ia merebak ke wilauah Ituri. 

Wabak itu mula dikesan di kawasan pendalaman Mangina, namun ia menular ke pekan Beni.

Organisasi tempatan berkata, jumlah kematian akibat Ebola terus meningkat. – AFP, 30 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen