Belanja ketenteraan India AS$66.5 bilion pada 2018


India antara lima negara di dunia yang paling banyak berbelanja untuk ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat, China, Arab Saudi dan Perancis. – Gambar AFP, 30 April, 2019.

PERBELANJAAN ketenteraan India meningkat 3.1 peratus kepada AS$66.5 bilion pada 2018, menurut data Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI). 

India antara lima negara di dunia yang paling banyak berbelanja untuk ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat (AS), China, Arab Saudi dan Perancis.

Lima negara itu menyumbang 60 peratus perbelanjaan global ketenteraan, mencecah AS$1.8 trilion tahun lepas, 2.6 peratus lebih tinggi berbanding 2017. 

Negara kedua berbelanja paling tinggi ialah China, peningkatan sebanyak lima peratus kepada AS$250 bilion, manakala AS di kedudukan pertama sebanyak AS$649 bilion.

Rusia di tempat keenam, menyaksikan penurunan perbelanjaan sebanyak 3.5 peratus kepada AS$61.4 bilion.

Perbelanjaan ketenteraan Pakistan tahun lepas sebanyak 11 peratus lebih tinggi berbanding 2017, mencecah AS$11.4 bilion manakala Turki meningkat 24 peratus kepada AS$19 bilion. – Bernama, 30 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen