JABATAN Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan ia akan menghantar kira-kira 320 pasukan tentera tambahan ke selatan di sempadan Mexico bagi membantu imigresen.
Pasukan tentera itu akan dikerahkan pada hujung September, bakal menambah kira-kira 2,900 anggota yang bertugas dan 2,000 anggota pengawal kebangsaan di sempadan.
Jurucakap Pentagon Leftenan Kolonel Jamie Davis berkata pasukan tentera itu akan membantu dalam pemindahan imigran, memantau kebajikan imigran dalam tahanan dan menyediakan makanan.
Pasukan itu tidak ditugaskan untuk melakukan sebarang tugas penguatkuasaan undang-undang.
Dalam tempoh beberapa bulan terkini, ribuan imigran tiba di Mexico, terutama dari Amerika Tengah yang melarikan diri daripada kemiskinan dan keganasan.
Presiden Donald Trump menyifatkan mereka sebagai ancaman kepada keselamatan negara. – AFP, 30 April, 2019.
Komen