Parlimen lebih berdisiplin dan cekap, kata speaker Dewan Rakyat


Chan Kok Leong

HARI pertama sebagai Speaker Dewan Rakyat menyaksikan Mohamad Ariff Md Yusof perlu berdepan dengan pembangkang dan ahli Parlimen yang memanggil menteri kewangan sebagai “pondan”.

Bekas hakim mahkamah rayuan dari Kedah ini dilantik sebagai speaker ke-9 Dewan Rakyat pada Julai tahun lepas selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum.

Beliau bekerja bukan sahaja untuk membaiki budaya dan kualiti perbahasan Parlimen tetapi cuba memastikan Parlimen diperbaharui bagi memenuhi piawaian antarabangsa seperti ditetapkan oleh Persatuan Parlimen Komanwel.  

Ariff yang berusia 69 tahun menunjukkan sejauh mana beliau dapat mengekalkan ketenangannya di atas retorik dan drama di dalam Dewan dan membuktikan dirinya sebagai pengerusi adil sejak Barisan Nasional (BN) hilang kuasa di persekutuan.

Dalam tempoh sembilan bulan dan tiga sesi sejak mengambil alih, beliau amat gembira dengan penubuhan enam jawatankuasa pilihan khas perintis.

“Apabila wartawan menemubual saya tahun lepas, ia hanya satu konsep tetapi mereka (jawatankuasa) kini dibentuk.  

“Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri melalui tahun yang sibuk di bawah PH dengan 22 mesyuarat,” kata Ariff dalam satu wawancara di pejabatnya sempena ulang tahun pentadbiran PH selama setahun.

Selain itu, jawatankuasa tambahan lain yang ditubuhkan di bawah Ariff adalah Jawatankuasa Belanjawan, Jawatankuasa Hak Asasi dan Kesaksaman Jantina, Jawatankuasa Pelantikan Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jawatankuasa Hubungan Antara Negeri dan Persekutuan.  

Pada sidang terakhir, kerajaan juga bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memulihkan keadaan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. – 30 April, 2019

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen