SEBUAH pesawat Air Zimbabwe mengalami kebakaran kecil di bahagian ekor pesawat selepas satu daripada enjinnya rosak, lapor agensi berita Xinhua.
“Kejadian pada Ahad itu tidak menjejaskan penerbangan dan keselamatan anak kapal serta penumpang.
“Pesawat selamat mendarat di Harare pada jam 8.30 malam,” memetik kenyataan syarikat penerbangan pada Isnin.
Penerbangan Boeing 767-200ER UM462 itu dalam penerbangan dari Johannesburg ke Harare.
Syarikat itu berkata, insiden mungkin menyebabkan sedikit ganguan pada jadual penerbangan.
Air Zimbabwe yang mengalami masalah hanya beroperasi dengan jumlah tujuh pesawat, sebahagian besar kapal terbangnya sudah lama dan memerlukan kos yang tinggi untuk beroperasi. – Bernama, 29 April, 2019
Komen