BNM tidak beri taklimat secara tetap kepada saya, kata Dr Mahathir


Bede Hong

Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak pernah masuk campur pentadbiran eksklusif Bank Negara Malaysia semasa memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian dialami bank pusat itu dalam urus niaga mata wang asing di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 September, 2017.

DR Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini yang beliau tidak pernah menerima taklimat secara tetap daripada bank pusat sepanjang tempoh kerugian berlaku pada awal tahun 1990an, atau masuk campur dalam hal pengurusannya.

“Saya juga membuat kenyataan berdasarkan laporan kewangan tahunan BNM, yang dibentangkan di Parlimen, sebarang transaksi pertukaran mata wang asing yang dilakukan oleh BNM ... menurut apa yang dipercayai BNM demi kepentingan rizab negara dan nilai mata wang negara.

“Bagaimanapun, pengendalian harian terperinci mengenai urusan pertukaran mata wang asing tidak pernah diberitahu kepada saya secara berkala kerana BNM tidak dipertanggungjawabkan menurut undang-undang untuk melaporkannya kepada saya, dan saya tidak dipertanggungjawabkan untuk masuk campur pentadbiran eksklusif BNM,” katanya sebagaimana testimoni bertulisnya kepada RCI.

RCI memfokuskan kepada kerugian forex yang dialami bank pusat, khususnya dari tahun 1992 hingga 1994. – 18 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen