Peringkat keempat pilihan raya India bermula


Peringkat keempat pilihan raya India berlangsung pada hari ini membabitkan 72 kawasan di sembilan negeri di tengah-tengah kes mengenai pelanggaran peraturan kempen pilihan raya dilaporkan meningkat. – Gambar EPA, 29 April, 2019.

PERINGKAT keempat pilihan raya India berlangsung pada hari ini membabitkan 72 kawasan di sembilan negeri di tengah-tengah kes mengenai pelanggaran peraturan kempen pilihan raya dilaporkan meningkat.

Seramai 963 calon akan bertanding dan lebih 127 juta pengundi yang layak akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.  

Ia meliputi 17 kerusi di Maharashtra, 13 kerusi masing-masing di Uttar Pradesh dan Rajasthan manakala lapan di Bengal Barat.

Maharashtra yang mempunyai 48 kerusi mempunyai jumlah perwakilan kedua terbesar di Dewan Rakyat selepas Uttar Pradesh. 

Antara calon popular yang bertanding pada pusingan keempat itu termasuk pelakon filem Urmila Matondkar, bekas menteri persekutuan Salman Khurshid, ketua Parti Samajwadi Akhilesh Yadav, Dimple Yadav, dan calon Kongres untuk kawasan Mumbai selatan, Milind Deora.

Pilihan raya tujuh peringkat itu akan berakhir pada 19 Mei dan keputusan dijangka diumum 23 Mei.

Parti pembangkang mendakwa banyak berlaku pelanggaran peraturan dalam kempen pilihan raya.

Pengamal politik berkata, keadaan itu timbul disebabkan pendekatan yang diambil Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menguatkuasakan peraturannya. – Bernama, 29 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen