Aktvis Singapura kritik badan kehakiman di Facebook didenda


Aktivis Jolovan Wham didenda Sg$3,200 selepas didapati bersalah pada Oktober lepas kerana mempersoalkan integriti dan kebebasan badan kehakiman Singapura dalam kes-kes melibatkan kerajaan dan ahli politik. – Gambar AFP, 29 April, 2019.

SEORANG aktivis Singapura didenda hari ini ekoran mempersoalkan kebebasan badan kehakiman republik itu di Facebook tahun lepas.

Meskipun Singapura kaya dan moden, undang-undang ketat yang menyekat kebebasan bersuara diselar oleh kumpulan hak asasi manusia.

Dalam kes terbaru, aktivis, Jolovan Wham didenda Sg$3,200 selepas didapati bersalah pada Oktober lepas kerana mempersoalkan integriti dan kebebasan badan kehakiman Singapura dalam kes-kes melibatkan kerajaan dan ahli politik. Kritikannnya itu dimuat naik di Facebook.

Mahkamah Tinggi Singapura hari ini menjatuhkan hukuman denda Sg$5,000 (RM15,179) atau hukuman penjara seminggu jika Wham gagal membayar denda. Dia juga diperintahkan membayar lebih Sg$7,000 (RM21,243) bagi kos perundangan dan kos lain.

Pendakwa raya memohon denda sebanyak tiga kali ganda dengan hukuman penjara tiga minggu jika beliau gagal membayar.

Wham, 39, yang juga peguam bela hak asasi pekerja asing berkata akan merayu terhadap sabitan dan hukuman keatasnya.

“Ini belum berakhir,” katanya.

Halim menegur Wham tidak menunjukkan sebarang penyesalan selepas disabitkan bersalah tetapi menolak permohonan pendakwa supaya mahkamah memerintahkan aktivis itu memohon maaf dan memadam postingnya di Facebook. 

Pada Februari, Wham didenda Sg$3,200 kerana menganjurkan perbincangan awam yang menampilkan demokrasi terkenal Hong Kong, Joshua Wong menerusi Skype secara haram. – AFP, 29 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen