KETUA Polis Sri Lanka Pujith Jayasundara enggan meletak jawatan susulan kejadian pengoboman pada Hari Easter, 21 April lalu walaupun Presiden Maithripala Sirisena hari ini mengumumkan nama penggantinya.
Menurut sumber, Sirisena menamakan Timbalan Ketua Polis Chandana Wickramaratne sebagai pemangku ketua polis.
Sirisena menuduh Jayasundara gagal bertindak meskipun menerima laporan risikan mengenai amaran bahawa gereja mungkin akan menjadi sasaran pengebom bunih diri.
Serangan pada hari Ahad itu menyebabkan 253 orang terbunuh.
“Jayasundra enggan menurut arahan presiden,” kata sumber itu.
Setiausaha Pertahanan Sri Lanka Hemasiri Fernando pada minggu lepas meletak jawatan selepas mendapat arahan presiden.
lebih 150 suspek ditahan setakat ini dan lebih 15 orang terbunuh dalam serbuan. – AFP, 29 April, 2019.
Komen