LANGSUNG: Pengurus AmBank disoal mengenai wang dipindah ke akaun Najib


Bede Hong Ravin Palanisamy

Saksi Uma Devi Ragavan (kanan), pengurus cawangan Ambank di Jalan Raja Chulan dan pegawai Bank Affin Rosaiah Rosli tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes dana SRC International, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.

PERBICARAAN kes SRC International yang melibatkan Najib Razak masuk hari ke-10 hari ini tetapi sambungannya bergantung kepada keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Nazlan dijangka menyampaikan penghakimannya pagi ini berhubung permohonan interlokutori pihak pembela pada Jumaat lalu untuk membatalkan tujuh pertuduhan terhadap Najib.

Pasukan pembela, yang diketuai oleh bekas peguam cara negara Yusof Zainal Abiden berhujah dakwaan terhadap bekas menteri perdana menteri itu n pertuduhan tersebut kabur, cacat dan tidak mengkhusus.  

Sekiranya Nazlan bersetuju dengan pasukan pembela, ia mungkin membatalkan pertuduhan Najib dan pendakwa mungkin perlu memfailkan caj baru untuk perbicaraan baru.

Bagaimanapun, jika perbicaraan diteruskan, saksi ke-21 - Pengurus AmBank R. Uma Devi - dijangka kembali memberi keterangan bagi sesi soal balasselanjutnya oleh pihak pembela.

Minggu lepas, Uma memberi keterangan yang Najib membuka lima akaun antara 13 Januari 2011 dan 9 Mac 2015.

Daripada jumlah RM4 bilion yang melalui akaun syarikat SRC International, sekurang-kurangnya RM42 juta masuk ke akaun Najib, katanya.

Najib juga dikatakan memberi kebenaran kepada bekas pengarah dan CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil untuk mengendalikan akaunnya.

Keterangan Uma juga menunjukkan RM3.28 juta dipindahkan daripada akaun Najib untuk membayar untuk dua kad kredit.

Najib berdepan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan salah satu penyalahgunaan kuasa terhadap dana berjumlah RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.

The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:

5.30pm: Mahkamah ditangguhkan.

5.20pm: Harvinderjit berkata seseorang mengetahui terdapat duit yang akan masuk ke akaun Najib berdasarkan surat arahan.

Merujuk kepada penyata akaun 880 Najib, Harvinderjit berkata terdapat baki kira-kira RM60,000 pada 5 Februari, 2015. Beliau berkata baki tidak mencukupi untuk membuat transaksi RM10 juta ke akaun 906 pada 10 Februari, 2015.

Oleh itu, Hrvinderjit berkata: “orang yang drafkan surat itu tahu akan ada wang dalam akaun berkenaan pada hari berikutnya.”

Uma berkata, Daniel Lee, yang merupakan pengurus perhubungan, bertanggungjawab ke atas semua pemindahan akaun dalaman.

5pm: Pada 24 Julai, 2014, sejumlah RM3 juta dipindahkan dalam akaun AmBank Najib.

Merujuk kepada surat arahan pemindahan bagi akaun bernombor 880 oleh Nik Faisal bertarikh 23 Jun, 2014, yang mengarahkan AmBank untuk memindahkan RM1 juta ke akaun 898 dan RM2 juta ke akaun 906, Harvinderjit bertanya sama ada ia luar biasa sekiranya surat berkenaan bertarikh 1 bulan sebelum transaksi.

Uma berkata ia sesuatu yang tidak normal tetapi ada segelintir pelanggan yang gunakan cara itu.

Harvinderjit: Adakah ia sesuatu yang luar biasa sekiranya surat bertarikh 1 bulan sebelum transaksi?

Uma: Ia tidak normal. Tetapi ada pelanggan yang berbuat demikian.

4.35pm: Harvinderjit menunjukkan surat yang mengarahkan “hadiah dan derma yang belum digunakan” sebanyak AS$620 juta dikembalikan. Beliau kemudian bertanya kepadanya sama ada bank “mengakui wang itu sebagai sumbangan dan hadiah”, yang mana Uma Devi menjawab ya.

Harvinderjit merujuk kepada tandatangan di atas surat ganti rugi dan berkata tiada “gelung” pada tandatangan.

Beliau meminta Uma mengesahkan dengan melihat salinan itu. Beliau sahkan tiada “gelung”.

Beliau kemudian bertanya Uma sekiranya dokumen berkenaan membenarkan Nik Faisal melakukan pemindahan dalaman antara tiga akaun, dan sekiranya Uma tidak boleh agak jika ia ditandatangani oleh Najib. Uma bersetuju.

2.50pm: Harvinderjit meneliti semua transaksi SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. Beliau membandingkan tandatangan, surat arahan, dan e-mel antara pegawai SRC, pengurus perhubungan dan cawangan AmBank.

2.30pm: Mahkamah bersambung. Harvinderjit meneruskan pemeriksaan balas.

Bekas perdana menteri Najib Razak duduk bersama penyokongnya di luar mahkamah ketika waktu rehat pada perbicaraan melibatkan SRC International di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zukefli, 29 April, 2019. 

1pm: Mahkamah berhenti rehat dan bersambung semula pada jam 2.15 petang.

12.22pm: Ketika Harvinderjit menyoal saksi mengenai akaun Gandingan Mentari, Uma berkata akaun itu disenaraikan sebagai berisiko tinggi.

Oleh itu, bank melalui jabatan pematuhannya memantau akaun dengan teliti.

12.02pm: Bercakap mengenai borang buka akaun Gandingan Mentari, Harvinderjit memberitahu Uma terdapat perbezaan tanda tangan dengan akaun “650” (SRC International), walaupun penandatangannya sama - Nik Faisal dan Suboh Md Yasin.

11.24am: Harvinderjit memeriksa dokumen bersama Uma dan mengesahkan nama pengarah dan tarikh pembukaan akaun SRC International.

Harvinderjit bertanya Uma jika beliau tahu SRC International adalah anak syarikat 1MDB, yang dijawab Uma “tidak tahu”.

Kemudian, Uma bersetuju beliau tahu SRC International menjadi anak syarikat 1MDB selepas Mei 2011.

10.33am: Harvinderjit bertanya Uma jika beliau bersetuju hanya penandatangan yang ditetapkan boleh mengendalikan akaun.

Harvinderjit: Hanya mereka boleh mengarahkan untuk mengambil wang daripada akaun?

Uma: Ya.

Harvinderjit: Kami tahu syarikat mempunyai pemegang saham. Pemegang saham tidak boleh mengeluarkan wang daripada akaun itu?

Uma: Ya.

Harvinderjit: Adakah bank menerima jika tandatangan ditukar?

Uma: Tidak

10.23am: Harvinderjit menyoal Uma mengenai amalan dan proses transaksi debit dan kredit.

10am: Harvinderjit bertanya Uma sama ada beliau sedar jika ketiga-tiga mereka juga mengendalikan akaun Yayasan Gemilang.

Uma berkata tidak.

9.58am: Harvinderjit mengesahkan semula dengan pengurus Uma pengurus perhubungan SRC International (Joanna You, Krystal Yap dan Daniel Lee). Beliau bertanya sama ada Uma sedar mereka adalah pasukan yang sama yang mengendalikan akaun 1MDB.

Uma bersetuju.

9.52am: Harvinderjit memulakan soal balas Uma.

9.51am: Nazlan menyatakan terdapat tarikh perbicaraan lanjut bagi kes IPIC melibatkan Najib pada Julai.

Shafee berkata Sequerah biasanya menguruskan perkara berkaitan mahkamah pada 9.30 pagi dan berada di kamar sebelum itu.

Nazlan berkata “apabila ia selesai”, maka perbicaraan SRC International boleh diteruskan.

Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan hari ke-10 kes SRC International, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli,

9.48am: Peguam pembela Harvinderjit Singh membetulkan Tommy, 10 kepada 14 Jun dan 18 kepada 21.

9.47am: Nazlan berkata beliau tidak mempunyai masalah mengubah tarikh tetapi Hakim Sequerah perlu bersetuju dengan perkara ini.

Tommy berkata beliau sudah menyediakan surat untuk dihantar dan akan memohon tarikh rasmi bagi perbicaraan SRC International dengan Sequerah pada 9 pagi

esok dengan tarikh baru yang diminta pada 14, 15, 17, 28 kepada 31 Mei dan 10 hingga 21 Jun.

9.43am: Permintaan mengubah tarikh perbicaraan 1MDB kepada SRC International adalah untuk “kepentingan awam”.

Shafee berkata pihak pembela sentiasa inginkan perbicaraan SRC International diteruskan dan ia keterlaluan menjadualkan satu perbicaraan dalam seminggu antara satu sama lain

9.38am: Nazlan dan Tommy bersetuju untuk memulakan pada jam 9 pagi dan diteruskan sehingga jam 3 petang, dengan rehat setengah jam semasa tengah hari.

Tommy berkata terdapat banyak hari lagi diperlukan untuk perbicaraan itu, sambil menambah Hakim Besar Malaya Zaharah Ibrahim tidak memberi panduan mengenai tarikh perbicaraan untuk SRC International dan 1MDB, yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Colin Lawrence Sequerah.

Tarikh 14, 15, 17, 28 hingga 31 Mei dan 10 Jun seterusnya diperuntukkan Sequerah untuk perbicaraan 1MDB agar digunakan untuk perbicaraan SRC International.

9.34am: Peguam pembela utama, Muhammad Shafee Abdullah berkata jam 8.30 pagi akan menyukarkan bagi “kakitangan sokongannya”.

Shafee mencadangkan perbicaraan bermula pada pukul 9 pagi pada bulan puasa dan rehat selama 30-45 minit “sebagai pertimbangan kepada rakan bukan Islam kita,” sambil menambah “pukul 3 petang terlalu lewat bagi yang makan tengah hari”.

Beliau meminta rehat setengah jam bagi makan tengah hari untuk orang bukan Islam dan sembahyang kepada yang beragama Islam.

9.32am: Peguam Negara Tommy Thomas meminta perbicaraan bermula pada jam 9 pagi dan diteruskan sehingga 3 petang, selepas bulan puasa bermula pada 6 Mei.
Nazlan mahukan perbicaraan bermula lebih awal.

Tommy mencadangkan 8.30 pagi.

9.30am: Nazlan menolak permohonan untuk membatalkan tuduhan itu.

9.26am: Nazlan berkata kecacatan yang ditimbulkan terhadap Najib tidak menyebabkan pendakwaan dua kali kerana ia berbeza.

Pihak pendakwa menyerahkan dokumen yang banyak dan perbicaraan sudah berlangsung selama sembilan hari. Justeru, sukar membuktikan dakwaan pasukan pembela yang Najib alasan pertuduhan itu kabur dengan perkataan yang digunakan, kata hakim..

9.19am: Mahkamah bersidang.

Nazlan berkata tiada keperluan wajib yang spesifik bagi CBT. Walaupun jika kesalahan yang dikatakan tidak dinyatakan, perbicaraan boleh diteruskan.

Beliau tidak menemui sebarang masalah dengan pertuduhan ditimbulkan terhadap Najib berhubung pelbagai jawatan dalam kerajaan.

9.15am: Najib berpakaian sut kelabu dan duduk di galeri awam. – 29 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen