13 cedera dalam protes air di Algeria


Protes besar-besaran menggegarkan Algeria sejak 22 Februari, mendesak pemimpin sekian lama Abdelaziz Bouteflika meletak jawatan, awal bulan ini. – Gambar Facebook, 29 April, 2019.

SERAMAI 13 orang cedera semalam ketika tembakan dilepaskan ketika demonstrasi di timur Algeria, mendesak akses lebih baik untuk air minum, kata sumber keselamatan.

Insiden itu berlaku apabila seorang pekerja melepaskan tembakan ke arah berpuluh-puluh penunjuk perasaan di depan kilang air mineral Youkous di bandar Hammamet.

Agensi berita APS berkata 13 mangsa yang cedera dibawa ke hospital sebelum polis campur tangan untuk mengawal situasi.

Ketegangan sangat tinggi di bandar itu sejak pihak berkuasa memberikan hak kepada syarikat itu untuk mengeksploitasi dan membotolkan kawasan air mata air di situ.

Penunjuk perasaan membakar tayar dan trak jualan air di depan loji itu, menurut pasukan keselamatan.

Imej daripada siaran televisyen menunjukkan kebakaran di beberapa bahagian di kilang itu.

Penunjuk perasaan sebelum itu ke pejabat dewan bandar raya untuk mendesak air minuman lebih baik dan membatalkan keputusan membenarkan air mata air itu dieksploitasi.

Protes besar-besaran menggegarkan Algeria sejak 22 Februari, mendesak pemimpin sekian lama Abdelaziz Bouteflika meletak jawatan, awal bulan ini.

Penunjuk perasaan sejak itu meneruskan momentum himpunan bantahan mereka, mendesak pembersihan dan pembaikan dalam sistem politik negara. – AFP, 29 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen