17 maut, ribuan hilang rumah akibat banjir di Indonesia


Banjir di ibu kota Jakarta seminggu lalu menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan menyebabkan 2,000 yang lain berpindah dari rumah masing-masing. – Gambar EPA, 29 April, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 17 maut dan sembilan lagi hilang selepas beberapa hujan lebat dan menyebabkan banjir serta tanah runtuh di kepulauan Sumatera, Indonesia, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 12,000 orang dipindahkan sementara ratusan bangunan, jambatan dan jalan rosak teruk akibat cuaca buruk yang menjejaskan sembilan daerah atau bandar di seluruh wilayah Bengkulu.

Air mulai surut di beberapa tempat tetapi pihak berkuasa berkata jumlah kemusnahan belum diketahui lagi dan sesetengah kawasan masih terputus hubungan.

“Kesan akibat bencana ini mungkin meningkat,” kata jurucakap Agensi Bencana Negara Sutopo Purwo Nugroho, menambah beberapa mangsa turut cedera akibat banjir.

“Tanah runtuh dan banjir mungkin berulang jika hujan lebat,” katanya.

Bencana “tahan kedua” dalam bentuk penyakit kulit dan jangkitan pernafasan akut akan berlaku kerana tahap kebersihan yang rendah dan kekurangan air bersih, katanya.

Imej dari udara menunjukkan air sungai melimpah hingga ke kawasan penempatan di beberapa bahagian di wilayah itu.

Dapur awam dan tempat pemindahan dibuka untuk membantu kira-kira 13,000 mangsa banjir, sementara pasukan mencari dan menyelamat cuba ke kawasan yang terjejas teruk menggunakan bot getah.

Banjir di ibu kota Jakarta seminggu lalu menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan menyebabkan 2,000 yang lain berpindah dari rumah masing-masing. – AFP, 29 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen