Remaja Palestin maut ditembak polis Israel


Omar Awni Younes, 20, meninggal dunia di sebuah hospital Israel berhampiran Tel Aviv pada petang Sabtu selepas seminggu kejadian itu berlaku. – Gambar EPA, 28 April, 2019.

SEORANG rakyat Palestin yang cedera ditembak polis Israel pada 20 April lalu meninggal dunia hari ini, kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.

Omar Awni Younes, 20, meninggal dunia di sebuah hospital Israel berhampiran Tel Aviv pada petang Sabtu selepas seminggu kejadian itu berlaku.

Polis berkata, ketika kejadian remaja itu menghampiri pegawai polis dengan pisau berhampiran pusat pemeriksaan ketenteraan Tapuach Junction di luar Nablus di Tebing Barat.

Polis dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu ditembak dan cedera tetapi tiada pegawai polis yang cedera.

Kementerian Palestin mengatakan Younes berasal dari perkampungan utara West Bank di Saniria. – AFP, 28 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen