SEKURANG—kurangnya 10 orang terbunuh dan lapan lagi masih hilang dalam kejadian banjir di pulau Sumatra Indonesia yang berpunca akibat hujan lebat dan tanah runtuh.
Kira-kira 12,000 penduduk dipindahkan dan ratusan bangunan, jambatan dan jalan rosak teruk akibat bencana itu yang menjejaskan sembilan daerah di wilayah Bengkulu.
Air mulai surut di beberapa kawasan tetapi jumlah sebenar kerosakan masih belum dapat dipastikan kerana ada kawasan yang masih terputus hubungan.
Jurucakap agensi bencara Sutopo Purwo Nugroho berkata pihaknya perlu bersiap sedia menghadapi gelombang kedua bencana yang berpunca akibat penyakit kulit dan kesesakan nafas susulan kekurangan bekalan air bersih di kawasan itu.
Imej dari udara menunjukkan kawasan perumahan ditenggalami air dan kawasan tebing sungai pecah akibat lebihan air.
Pusat penempatan sementara sudah disediakan bagi menempatkan kira-kira 13,000 penduduk yang terjejas akibat bencana itu manakala pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.
“Usaha menghantar bantuan juga terjejas kerana banyak jalan rosak akibat banjir dan tanah runtuh,” katanya Nugroho. – AFP, 28 April, 2019.
Komen