SEBUAH dron milik Pengawal Republikan Iran berjaya melakukan misi pengintipan ke atas sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat di Teluk Parsi, lapor agensi berita Tasnim.
Agensi berita Iran itu juga menyiarkan video yang menunjukkan sebuah dron berwarna biru dinamakan sebagai Ababil III yang ditulis pada bahagian sayap pesawat itu.
Dron itu berlepas dari sebuah pangkalan udara dekat kawasan laut tersebut dan melakukan pemantauan ke atas sebuah kapal pesawat dipercayai milik AS.
Tasnim bagaimanapun tidak menamakan kapal pengangkut pesawat itu atau menyebut bila video itu dirakamkan.
Laporan agensi itu disiarkan hampir tiga minggu selepas AS melabelkan tentera Pengawal Republikan Iran sebagai pertubuhan pengganas dan disenarai hitam oleh Washington.
Teheran kemudiannya membalas dengan melabel tentera AS sebagai pengganas. – AFP, 28 April, 2019.
Komen