SEORANG model meninggal dunia selepas rebah ketika membuat pertunjukkan fesyen dalam hari terakhir Sao Paulo Fashion Week (SPFW), kata penganjur.
“SPFW baru saja menerima berita kematian seorang model Tales Soares yang tiba-tiba jatuh sakit ketika pertunjuan Ocksa,” kata organisasi tersebut dalam satu kenyataan tanpa memberitahu sebab kematian.
Model berusia 26 tahun itu rebah ketika sedang memperagakan pakaian dalam pertunjukan fesyen berkenaan.
Anggota paramedik segera memberikan bantuan kecemasan di hadapan penonton lain, menurut laporan media tempatan.
SPFW berkata, model berkenaan dibawa ke hospital namun disahkan sudah meninggal dunia.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Tales,” katanya.
Sementara itu label Ocksa di laman sosial Instagramnya melahirkan rasa terkejut di atas kematian model yang sudah menandatangani perjanjian bersama agensi pemodelan Base MGT. – AFP, 28 April, 2019.
Komen