EMPAT orang terbunuh dan empat lagi cedera apabila sebuah kren tumbang di bandar Seattle, Amerikat Syarikat semalam, lapor bomba.
Dalam satu kenyataan bomba, kren tersebut tumbang dari bumbung sebuah bangunan dan menyebabkan enam buat kenderaan rosak.
Jelas bomba, tiga lelaki dan seorang wanita antara mangsa yang maut, dan dua daripadanya merupakan pengendali kren itu manakala dua lagi mangsa berada dalam kenderaan yang dihempap.
Daripada empat mangsa yang cedera merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun, seorang wanita berusia 25 tahun dan seorang bayi perempuan berusia empat bulan.
Kesemua mereka mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Settle Times melaporkan kren itu digunakan untuk pembinaan sebuah kampus baharu Google di bandar itu.
Siasatan kejadian itu masih dijalankan untuk mencari punca sebenar insiden tersebut. – AFP, 28 April, 2019.
Komen