RANCANGAN Putrajaya untuk mewajibkan pemilik rumah menjual unit rumah mampu milik mereka hanya kepada kerajaan berkemungkinan besar akan gagal, kata sumber kanan kerajaan.
Menurut sumber,
Bulan lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin memberitahu Dewan Rakyat yang kementerian sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan peraturan baharu mewajibkan pemilik unit rumah mampu milik menjual rumah mereka selepas tempoh pegangan wajib dua tahun berakhir hanya kepada kerajaan.
Sumber berkata, peraturan baharu itu jika dilaksanakan berkemungkinan besar menemui kegagalan kerana Putrajaya tidak akan mampu meramal reaksi pasaran serta sentimen penjual dan pembeli rumah, dan boleh menyebabkan kerajaan terjerat dalam situasi tidak mempunyai dana mencukupi untuk membeli semula unit yang dijual.
“Tiba-tiba, katakan lah ada 100 unit (rumah), bagaimana hendak beli semua?” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Peraturan baharu itu akan diperkenalkan di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik untuk mengawal harga dan pemilikan rumah, kata Zuraida.
Katanya, peraturan baharu itu juga untuk memastikan hanya pembeli layak boleh membeli rumah mampu milik.

Zuraida menjelaskan KPKT juga sedang berusaha meneliti sistem data raya untuk menangani isu hartanah tidak terjual.
Katanya, kekurangan maklumat menyukarkan kerajaan untuk memahami keperluan perumahan setempat.
Bagaimanapun, sumber berkata walaupun kerajaan mungkin ada maklumat mengenai sentimen semasa menerusi data disediakan Pusat Maklumat Hartanah Nasional,
Awal tahun ini, Zuraida mengumumkan kerajaan berhasrat membina 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Di bawah dasar perumahan baharu, akan ada tiga kategori harga untuk rumah mampu milik; rumah bernilai RM150,000 dan ke bawah, rumah bernilai antara RM150,000 hingga RM300,000 dan rumah RM300,000 hingga RM500,000. – 28 April, 2019.
Komen