Pelihara rumah ibadat tanggungjawab semua, kata Mujahid


Alfian Z.M. Tahir

Masyarakat di seluruh dunia bukan sahaja perlu bersatu menentang keganasan tetapi juga menyebarkan mesej keamanan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa pada himpunan aman #SalamSriLanka malam ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 April, 2019.

MEMELIHARA rumah ibadat adalah tanggungjawab semua individu yang mempunyai rasa kasih sayang, kata Mujahid Yusof Rawa susulan kejadian pengeboman di Sri Lanka yang meragut hampir 300 nyawa Ahad lalu.

Berucap pada himpunan aman #SalamSriLanka malam ini, menteri yang menjaga hal ehwal agama itu berkata masyarakat di seluruh dunia bukan sahaja perlu bersatu menentang keganasan tetapi juga menyebarkan mesej keamanan.

“Mungkin malam ini tak sampai seribu orang yang hadir tetapi niat yang ingin kita sampaikan kita menolak keganasan yang membawa kesan besar terhadap seluruh manusia. 

“Saya hadir malam ini kerana solidariti saya pada keamanan.Solidariti ini melangkaui agama dan kaum. Keamanan tak berwajah kerana ia sebahagian daripada nilai kemanusiaan.”

“Malam ini saya seru bukan sahaja pihak polis supaya melindungi rumah Tuhan tetapi kita sebagai manusia yang mahukan keamanan, perlu mainkan peranan untuk melindungi rumah-rumah ini. Bukan hanya masjid, tetapi termasuk gereja, kuil dan rumah ibadat lain,” kata Mujahid di hadapan peserta himpunan di perkarangan Gereja St Mary di Jalan Raja.

Pada Hari Easter Ahad lalu, penyerang bunuh diri dari kumpulan militan Daesh mengebom gereja dan hotel di Sri Lanka, yang membunuh penganut Kristian tempatan dan pelancong asing. – 27 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen