Bekas presiden Panama mohon mengundi dari penjara


Ricardo Martinelli kini dipenjarakan sementara menunggu dibicarakan atas pelbagai tuduhan selepas diekstradisi dari Amerika Syarikat tahun lepas. – Gambar EPA, 27 April, 2019.

BEKAS presiden Panama Ricardo Martinelli memohon untuk mengundi dari dalam penjara pada pilihan raya bulan depan.

Permohonan sehari selepas pihak berkuasa menghalangnya menjadi calon bertanding.

Martinelli, 67, kini dipenjarakan sementara menunggu dibicarakan atas pelbagai tuduhan selepas diekstradisi dari Amerika Syarikat (AS) tahun lepas di mana beliau melarikan diri ke sana pada 2015 supaya tidak ditangkap.

Namanya dicalonkan oleh partinya, Democratic Change bagi merebut jawatan datuk bandar Panama City dan kerusi Dewan Negara pada pilihan raya yang dijadualkan pada 5 Mei.

Suruhanjaya pilihan raya Panama mengisytiharkan pencalonan Martinelli tidak sah kerana beliau sudah lebih setahun tidak menetap di kawasannya sebelum tarikh mengundi.

Martinelli dituduh menggunakan sumber negara untuk mengintip kira-kira 150 lawannya semasa jadi presiden dari 2009 hingga 2014. Beliau juga disiasat bagi pelbagai skandal rasuah. – AFP, 27 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen