SEKUMPULAN lelaki bersenjata membunuh dua anggota polis dan menculik dua pekerja Shell di negeri di selatan Nigeria yang kaya dengan minyak, kata polis hari ini.
Ia kejadian terkini dalam rentetan serangan di Rivers, di aktiviti penculikan untuk mendapatkan tebusan semakin berleluasa.
“Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan mangsa diselamatkan dari penculik,” menurut jurucakap polis Rivers, Omoni Nnamdi.
Kejadian berlaku pada petang Khamis di daerah Rumuji di Rivers yang terletak dekat dengan bandar minyak Port Harcourt. Mangsa ketika itu dalam perjalanan balik dari Bayelsa.
Pekerja syarikat minyak, Royal Dutch Shell itu sedang dalam perjalanan menaiki trak diiringi oleh dua anggota polis apabila secara tiba-tiba diserang kumpulan bersenjata. Mereka melepaskan tembakan untuk memaksa trak diberhentikan.
Syarikat Shell Petroleum Development Company of Nigeria Limited (SPDC) mengesahkan kejadian tetapi enggan memberi butiran lanjut. Kerakyatan mangsa culik juga masih belum dapat dipastikan.
Kebiasannya, mangsa culik dilepaskan beberapa hari selepas tebusan dibayar. – AFP, 27 April, 2019.
Komen