PASUKAN keselamatan Sri Lanka berbalas tembakan dengan kumpulan militan Daesh yang disyaki di timur negara itu malam tadi, kata polis dan tentera hari ini.
Sekurang-kurangnya empat anggota kumpulan itu terbunuh.
Jurucakap tentera, Sumith Atapattu berkata kumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika tentera cuba menyerbu sebuah rumah di pekan Kalmunai.
“Dua lelaki terbunuh dalam insiden itu,” katanya sambil menambah seorang penduduk yang terperangkap dalam pertempuran turut terbunuh.
Polis kemudian berkata operasi pada hari ini mendapati empat suspek pengembom bunuh diri yang disyaki mati dalam pertempuran malam tadi.
“Kami temui empat mayat pengebom yang disyaki,” menurut kenyataan polis.
Operasi bersama antara polis dan tentera itu dijalankan susulan mendapat maklumat bahawa suspek yang bertanggungjawab atas pengeboman pada Hari Easter Ahad lalu bersembunyi di Kalmunai. – AFP, 27 April, 2019.
Komen