FILEM aksi “Avengers:Endgame” mencatatkan jumlah penonton lebih tiga juta orang dalam tiga hari tayangan di Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.
Pada Jumaat sahaja filem itu berjaya menarik 1.04 juta penonton menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 3.21 juta, menurut Majlis Filem Korea.
Filem itu menguasai 84.4 peratus tempat duduk di pawagam seluruh negara dan 79.7 peratus di semua skrin pada hari sama.
“Endgame,” filem adiwira popular itu mula ditayangkan di Korea Selatan pada Rabu. – Bernama, 27 April, 2019.
Komen