SABAH akan menanam satu juta pokok dan mengekalkan hidupan terancam sebagai sebahagian daripada kempen yang lebih luas oleh kerajaan bagi menentang propaganda anti-minyak sawit, kata Teresa Kok.
Menteri industri utama itu berkata bahawa sangat penting untuk menangani pandangan negatif dan tuduhan terhadap minyak sawit yang melanda industri.
“Kami faham ada pandangan negatif pada masa lalu tetapi kami perlu jawab segala tuduhan terhadap industri,” katanya pada taklimat media di Putrajaya.
Kok berkata bahawa penanaman pokok itu sudah dijalankan dengan penyertaan syarikat-syarikat minyak sawit di Kinabatangan, Sabah.
“Majlis Kayu Malaysia telah menjanjikan RM2 juta untuk membiayai usaha ini. Kami juga menyeru para pemain industri minyak kelapa sawit yang lain untuk turut membantu.
Kerajaan menyalahkan kempen anti-kelapa sawit global untuk menurunkan permintaan minyak yang boleh dimakan di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Selain digunakan untuk memasak, minyak itu juga digunakan dalam kosmetik, makanan dan bahan bakar bio.

Pengguna dan syarikat makanan di negara-negara ini enggan menggunakan minyak sawit disebabkan fakta bahawa ia menjadi punca penebangan hutan di Asia Tenggara dan Afrika. Syarikat-syarikat minyak sawit juga telah dituduh menggunakan buruh paksa dan mengambil tanah orang asal.
Disebabkan kebimbangan ini, Kesatuan Eropah (EU) sedang merancang supaya bahan bakar bio berasaskan minyak kelapa sawit diharamkan di rantau ini menjelang 2020.
Malaysia dan Indonesia menganggap cadangan EU itui sebagai diskriminasi kerana ia mengabaikan hakikat bahawa minyak soya, yang juga digunakan dalam bio bahan bakar dan ditanam di Amerika Utara dan Selatan, juga menyebabkan penebangan hutan.
Tahun lepas, EU mengimport 1.9 juta tan minyak sawit mentah Malaysia (CPO), pembeli kedua terbesar komoditi itu selepas India pada 2.51 juta tan.

Satu lagi inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk memerangi kempen anti-sawit adalah dengan membiayai program pemuliharaan untuk orang utan dan gajah pygmy.
Kedua-dua spesies yang diancam pupus itu telah diancam ekoran peluasan ladang kelapa sawit ke dalam hutan hujan Borneo Utara.
“Kami juga merancang untuk mempunyai koridor hidupan liar untuk orang utan dan gajah pygmy di mana ladang kelapa sawit terletak.”
Beliau berkata projek itu akan menunjukkan kepada dunia bagaimana Malaysia melindungi hidupan liar dan memulihkan hutan usang.
“Kami berharap dengan inisiatif ini kami dapat beri inspirasi kepada lebih banyak kerajaan negeri untuk bergandingan dengan industri minyak sawit bagi memelihara alam semula jadi.” – 28 April, 2019.
Komen