KIM Jong Un tiba di Korea Utara, selepas mengadakan Sidang Kemuncak dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor agensi berita Yonhap.
Kereta api khas yang membawa Kim tiba di wilayah timur laut utara Hamkyeong pada Jumaat, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Kim pulang sehari selepas menghadiri sidang kemuncak pertama dengan Putin di bandar Vladivostok yang antara lain membincangkan mengenai isu senjata nuklear di Semenanjung Korea dan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Pertemuan dengan Putin diadakan selepas sidang kemuncak ketiga dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Vietnam gagal mencapai kata sepakat.
Sebelum ini, Kim dilaporkan berkata keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea bergantung sepenuhnya kepada sikap Washington pada masa depan.
Beliau menyalahkan sikap “sepihak” Washington yang menjadi punca sidang kemuncak kedua di Vietnam Februari lalu gagal mencapai sebarang kata sepakat. – Bernama, 26 April, 2019.
Komen