SRI Lanka bimbang industri pelancongannya terjejas dan menurun sehingga 30%, dengan kerugian AS$1.5 bilion tahun ini, selepas serangan bom, kata menteri kewangan pada Jumaat.
“Pelancongan akan terjejas dengan teruk,” kata Menteri Kewangan Mangala Samaraweera kepada pemberita.
“Kami menjangkakan penurunan ketibaan pelancong sehingga 30% dan ini bermakna kerugian dalam tukaran wang asing adalah AS$1.5 bilion.”
Samaraweera berkata, sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan untuk negara itu kembali pulih daripada serangan pada Ahad, yang memusnahkan tiga hote mewah dan tiga gereja Kristian serta menyebabkan 253 orang terbunuh yang kebanyakannya adalah warga asing.
Kerajaan negara itu menyalahkan ekstremis Islam kerana merancang pengeboman di negara yang baru pulih daripada peperangan etnik selama 37 tahun yang tamat beberapa dekad lalu.
Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab dan kerajaan berkata ia merupakan ekstremis temoatan yang terpengaruh dengan militan IS.
“Biasanya, negara yang sedang pulih dari serangan IS akan menyaksikan sektor pelancongannya pulih antara satu ke dua tahun, selagi punca serangan diketahui dan langkah keselamatan diperketat,” kata menteri. – AFP, 26 April, 2019
Komen