PIHAK berkuasa Sri Lanka berkata jumlah sebenar korban dalam tragedi letupan bom di Sri Lanka pada Ahad lalu, adalah seramai 253 orang berbanding angka dilaporkan sebelum ini iaitu seramai 359, lapor agensi berita Anadolu.
“Memandangkan terdapat kesukaran untuk mengira jumlah mayat, terdapat kekeliruan dalam jumlah sebenar kematian yang dilaporkan,” kata Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Anil Jasinghe.
Dalam tragedi pada sambutan Easter itu, sebanyak lapan letupan bom berlaku di lapan lokasi berbeza di dalam dan luar Colombo.
Serangan menyasarkan gereja di bandar Kochchikade, Negombo dan Batticaloa serta hotel Kingsbury, Grand Cinnamon dan Shangri La. Sekurang-kurangnya 500 orang turut cedera.
Sekurang-kurangnya 38 warga asing terbunuh, termasuk dua warga Turki, selain pelancong Britain, Amerika Syarikat, Australia, India, China, Denmark, Belanda dan Portugal. – Bernama, 26 April, 2019.
Komen