TEROWONG tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 4,750 meter di bawah paras laut, di barat daya wilayah Autonomi Tibet, China dibuka kepada lalu lintas pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.
Terowong dua hala sepanjang 5.7km itu merupakan sebahagian lebuh raya yang menghubungkan ibu kota Lhasa dengan Nyingchi di tenggara Tibet.
Pembinaan bermula pada 2015 di Gunung Mila, setinggi 5,018 meter akan memendekkan jarak perjalanan daripada 18km kepada 5.7km.
Pengurus projek Gong Bin berkata lebih 10 penemuan teknologi dihasilkan dalam pembinaan itu.
Katanya, selain cuaca sejuk dan kekurangan oksigen masalah lain yang dihadapi lebih 2,000 pekerja ialah untuk mengangkut bahan binaan. – Bernama, 26 April, 2019.
Komen