AUSTRALIA memberi amaran kepada rakyatnya yang ingin ke Sri Lanka kerana dikhuatiri lebih banyak serangan keganasan mungkin akan tercetus di negara itu susulan kejadian pada Hari Easter pada Ahad lalu yang meragut hampir 300 nyawa.
“Pengganas mungkin akan menyerang lagi Sri Lanka.
“Serangan boleh jadi secara rambang termasuk di kawasan yang dilawati pelancong asing,” menurut kenyataan Kementerian Luar Australia.
Canberra menasihatkan rakyat Asutralia supaya menimbang semula keperluan melancong ke Sri Lanka selepas Britain, Belanda dan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran sama.
Jabatan Negara AS memberi amaran kumpulan pengganas mungkin merancang serangan seterusnya yang mensasarkan kawasan tumpuan pelancong, rumah ibadat dan lapangan terbang.
Seorang rakyat Australia dan anak perempuannya yang berumur 10 tahun adalah antara yang terbunuh dalam ledakan bom yang disasarkan kepada pelancong dan penganut Kristian Ahad lalu. – AFP, 26 April, 2019.
Komen