PBS pilih bekas ahli Parlimen, yakin menang di Sandakan


Jason Santos

PBS memilih bekas ahli Parlimen Batu Sapi Linda Tsen sebagai calon PRK Sandakan pada 11 Mei depan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 April, 2019.

BEKAS ahli Parlimen Batu Sapi Linda Tsen akan dipilih sebagai calon Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan pada 11 Mei ini, kata Presiden PBS Maximus Ongkili hari ini.

Ongkili berkata parti itu yakin dapat memenangi PRK itu, selepas menilai keadaan situasi di situ.

“Kami parti pelbagai kaum. Kami teguh terhadap hak Sabah dan keutamaan kami ialah Sabah untuk rakyat Sabah,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PBS Elopura di Sandakan.

Pakatan Harapan memilih Vivian Wong daripada DAP sebagai calon PRK Sandakan. – April 26, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen