KESATUAN Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis melancarkan projek bersama pencegahan pelakuan keganasan nuklear menerusi promosi ratifikasi dan pelaksanaan efektif sejagat Konvensyen Antarabangsa Mencegah Keganasan Nuklear (ICSANT), lapor agensi berita Xinhua.
“Risiko pengganas mendapat nuklear dan bahan radiologikal adalah satu ancaman besar terhadap kemanusiaan dan keamanan dan keselamatan dunia.
“Malangnya, kami tahu bahawa kemungkinan bahan seumpama jatuh ke tangan pengganas adalah suatu ancaman yang benar,” kata Vladimir Voronkov, penolong setiausaha agung Pejabat Anti Pengganas PBB, pada majlis pelancaran acara berkenaan.
Timbalan Ketua Setiausaha Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah, Pedro Serrano, berkata masyarakat antarabangsa mesti terus bersatu bagi menghalang sebarang ancaman keganasan nuklear.
Menurut kenyataan akhbar, projek bersama itu adalah ‘bukti komitmen bersama PBB dan EU dalam menangani cabaran ini’.
ICSANT diluluskan sebulat suara oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2005 dan sehingga kini 115 negara anggota meratifikasi konvensyen itu.– Bernama, 26 April, 2019.
Komen